ragam bersahabat menjadi kenangan |
Membina ukhuwah itu membina harapan, iaitu harapan bertemu
dengannya diakhirat sana kerana kami mencintai kerana Allah. Terasa sukar
membina ukhuwah jika dibentengi dengan tembok keegoan. Jadi harus bagaimana
membina ukhuwah ini. Saling menunggu bertanya khabar tetapi tidak ada siapa memulakan lantas ukhuwah ini akan runtuh jika
kukuhnya tembok ego kita. Ah jangan ego teman, mari kita yang mulakan. Saya
juga! Anda juga!
mari mulakan bertanya khabar! |
Membina ukhuwah itu adalah melatih rasa sayang. Yang jauh
terasa dekat itulah ditengahnya ada rasa cintakan sahabat. Saling mendoakan
tanpa sebarang paksaan. Bagaimana wajah-wajah mereka tampil untuk didoakan tanpa sebarang paksaan. Sedangkan
mereka bukan seibu dan sebapa dengan kita. Ingin tahu bagaimana? Ya kerana
ukhuwah yang dibina sejati kerana Allah, kerana pertemuan-pertemuan mereka
ikhlas kerana Allah, kerana ukhuwah mereka atas dasar aqidah.
Membina ukhuwah itu menerima kekurangan, membina ukhuwah itu
mengelak sangkaan. Percaya atau tidak prasangka dan tidak mengakui kekurangan
sahabat punca perpecahan. Yang indah boleh jadi buruk. Yang rancak boleh jadi
dingin. Maka sebelum ia parah elakkan sangkaan, terus bertanya jika tidak tahu
tentang sesuatu perkara. Jangan ambil hati jika ada terlebih dan terkurang
kerana saya percaya semua orang punya kelemahan masing-masing. Jangan biarkan
ukhuwah itu berlalu dengan kerugian yang kita lakukan. Bukankah tadi kita
berukhuwah atas dasar aqidah. Ubat segera hati kita jika sangkaan-sangkaan dan harapan-harapan yang tidak tertunai menyebabkan perpecahan lantas runtuh binaan ukhuwah ini.
Rapatkan saff, teguhkan ukhuwah!
.
sakinah arifin
ogos 2017
No comments:
Post a Comment