Thursday 18 August 2016

Saya dan Komik Siri 1

Saya dan Komik Siri 1

Kita tidak pernah tahu bahawa apa yang tidak pernah menjadi kesukaan kita bakal menjadi minat kita. Itulah sebuah kehidupan melayarinya perlu meghayati. Bersama manusia perlu menyantuni.

Saya bukan seorang penggemar komik, maka tidak hairanlah kenapa dibilik dan rak buku saya tidak ada koleksi komik kegemaran. Antara kartunis yang saya pernah dengar hanya Ujang, komik yang popular suatu ketika dahulu dan Lat, seorang kartunis cerita Kampung Boy. Ok, Kampung Boy yang ditayangkan dialam televisyen itu saya tengok tapi komiknya saya tidak tahulah ada ataupun tidak. Saya juga pernah mendengar nama komik misi 8A , Misi 10A, Detective Conan tapi tidak tahu apa isinya.

Saya mula membuat beberapa kajian tentang komik apabila saya mendapat tanggungjawab sebagai AJK Unit Penerbitan Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang ( PERMAI ), itupun agak lewat saya mencari bahan. Buat pengetahuan semua PERMAI merupakan sebuah NGO berdaftar yang membuat pelbagai aktiviti seperti Konvensyen Pelajar Islam Pahang KONPIP, Kem Intensif Al-Quran dan lain-lain lagi. Boleh rujuk disini.

Unit saya ini menghasilkan majalah untuk pelajar sekolah yang diberi nama SUPER dan kartun- kartun. Maka saya yang bukan penggemar komik tadi mencari pelbagai rujukan ( apa itu komik sebenarnya? ) untuk memastikan saya menjiwai bidang tugas yang diberikan. Saya mula seronok melihat sahabat-sahabat yang sangat bagus melukis, Mereka gembira. Baginya melukis itu hiburan. Pernah jugak sesekali saya cuba melukis. Ah..kaku sekali. Mata pun senget, tudung pun tak jadi bentuknya. Ke laut juga lukisan saya. ( walaupun ramai yang mengatakan senget itu seni ^_^ )

Mereka Hadiah Buat Ummah
Bagi saya apa sahaja kelebihan kita, maka itu hadiah kita buat ummah. Itu cinta kita untuk sebarkan dakwah. Pulangkan dan kongsikan kepada ummah hasilnya. Ya percuma sahaja Allah beri pada kita untuk dimanfaatkan. Jangan gusar jika kemahiran yang ada pada orang lain tidak ada pada kita, ini kerana Allah telah memberi kita kelebihan-kelebihan yang kita perlu gilap dalam diri. Jika kita pandai menulis,teruskan. Jika kita pandai berniaga,usahakan. Jika kita pandai memasak,silakan. Tanya sahaja diri kita, apa yang aku suka yang dapat memberi sumbangan pada agama suci ini?

Tetapi awas! Berjagalah dengan kelebihan dan kemahiran ini kerana kita akan tanggung di akhirat kelak. Hidup di dunia ini adalah tuaian buat akhirat. Biarlah kerja kita Allah redha dan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.

" Katakanlah Muhammad, ' Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku : " Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah TuhanYang Maha Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya." 
 Surah Al-Kahfi ayat 110

Bagi saya, penulis – penulis dan team kartunis untuk terbitan PERMAI adalah hadiah buat ummah. Mereka menulis dan melukis untuk ummah. Terima kasih buat para penulis dan pelukis dan para guru dan asatizah khususnya Pengerusi PERMAI Ustaz Azraie yang banyak membantu kami semua.

Mungkinkah saya boleh melukis selepas ini? Adakah melukis satu perkara yang susah? Nantikan tulisan “ Saya dan Komik Siri 2”. Moga-moga ada hasil lukisan yang dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat.


Majalah SUPER
Siapa yang berminat boleh pm sis. Kita bagi harga lelong sebab terbitan terbaru belum keluar :)

Antara hasil kartun PERMAI
Antara hasil kartun Permai

Planner keluaran PERMAI. Siapa berminat boleh pm sis juga :)

Antara program anjuran Permai
Kem Intensif Al-Quran

Maklumat lanjut boleh ke page : Kelab Remaja Permai Care Pahang