Tuesday, 8 August 2017

Yang Jauh Terasa Dekat, Yang Susah Seakan Senang

Ukhuwah itu yang jauh terasa dekat, yang susah seakan senang.

ragam bersahabat menjadi kenangan
Membina ukhuwah itu membina harapan, iaitu harapan bertemu dengannya diakhirat sana kerana kami mencintai kerana Allah. Terasa sukar membina ukhuwah jika dibentengi dengan tembok keegoan. Jadi harus bagaimana membina ukhuwah ini. Saling menunggu bertanya khabar tetapi tidak ada siapa  memulakan lantas ukhuwah ini akan runtuh jika kukuhnya tembok ego kita. Ah jangan ego teman, mari kita yang mulakan. Saya juga! Anda juga!

mari mulakan bertanya khabar!

Membina ukhuwah itu adalah melatih rasa sayang. Yang jauh terasa dekat itulah ditengahnya ada rasa cintakan sahabat. Saling mendoakan tanpa sebarang paksaan. Bagaimana wajah-wajah mereka tampil untuk didoakan tanpa sebarang paksaan. Sedangkan mereka bukan seibu dan sebapa dengan kita. Ingin tahu bagaimana? Ya kerana ukhuwah yang dibina sejati kerana Allah, kerana pertemuan-pertemuan mereka ikhlas kerana Allah, kerana ukhuwah mereka atas dasar aqidah.

tak mudah bersahabat jika tidak bermaafan
Membina ukhuwah itu menerima kekurangan, membina ukhuwah itu mengelak sangkaan. Percaya atau tidak prasangka dan tidak mengakui kekurangan sahabat punca perpecahan. Yang indah boleh jadi buruk. Yang rancak boleh jadi dingin. Maka sebelum ia parah elakkan sangkaan, terus bertanya jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Jangan ambil hati jika ada terlebih dan terkurang kerana saya percaya semua orang punya kelemahan masing-masing. Jangan biarkan ukhuwah itu berlalu dengan kerugian yang kita lakukan. Bukankah tadi kita berukhuwah atas dasar aqidah. Ubat segera hati kita jika sangkaan-sangkaan dan harapan-harapan yang tidak tertunai menyebabkan perpecahan lantas runtuh binaan ukhuwah ini.

Rapatkan saff, teguhkan ukhuwah!

.
sakinah arifin
ogos 2017

Sunday, 25 June 2017

SEHELAI KERTAS PUTIH

Kamu pandai menulis? Tanya seorang pak cik tua.
Menulis apa tu pak cik? Jawab si tudung litup Maisarah.
Kamu pandai memegang pensel atau pen? Tanya lagi pak cik tua itu..
Kali ini pertanyaannya dibalas pertanyaan, di dalam hatinya berkata “ mana mungkin aku tidak pandai memegang pensel atau pen, aku disekolah ibu ayahku sejak berumur enam tahun lagi.
Ya, pak cik, saya boleh memegang pensel dan pen. Jawab gadis itu.
Bagus sekali nak, kamu pandai menulis? Lagi sekali pertanyaan itu ditanya oleh pak cik ini, haish apa yang mahu dari aku sebenarnya.
Insyaallah saya pandai menulis pak cik. Kenapa ya pak cik?
Sudah berapa banyak kamu menulis? Boleh pak cik baca tulisanmu?
Oh saya tiada karya apa-apa pak cik, saya menulis pelajaran saya pak cik. Jawab Maisarah ringkas.
Pak cik tua ini adalah penjaga sebuah kedai buku tua yang terletak dibandar berhampiran kediaman Maisarah. Maisarah ke kedainya untuk mencari buku-buku murah untuk dibaca dan diteliti olehnya. Hobinya memang membaca buku.
.
Anak, pak cik ini sudah tua, pak cik tidak pandai menulis apatah lagi memegang komputer untuk menulis. Kamu orang muda, kamu pandai menulis maka tulislah kisahmu untuk dibaca oleh orang lain supaya insan
akan datang tahu bahawa kamu pernah hidup dizaman lalu. Kisahmu dapat membangkitkan semangat pencinta buku seperti mana hari ini kamu membeli dan membaca buku ini.
.
Maisarah hanya diam membatu, ,mendengar nasihat pak cik iaitu penjaga setia kedai buku. Ditangannya ada empat buah buku, dia mahu membayarnya. Dikeluarkannya duit dikira-kira kenapa harganya seperti untuk tiga buah buku sahaja, belum sempat Maisarah bertanya, pak cik itu berkata bahawa satu buku itu pak cik hadiahkan kepada Maisarah.
.

Maisarah pergi dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Sepanjang perjalanannya dia berfikir apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut tentang “kamu pandai menulis?”
.
sakinah arifin
sehelai kertas putih
jun 2017

Tuesday, 2 May 2017

Aku dan DIA

manusia adalah hamba Allah
jika engkau kenal siapa diri
engkau bisa gagah berdiri

kerana berdirinya kita hari ini kerana kita mengaku lemah dihadapan Allah lalu Allah berikan seidkit nikmat kekuatan untuk kita mendepani dunia ini dengan syarat kita syukur.

kalau kita rasa lemah Allah kuatkan dengan kalam-kalam indahNya
kalau kita mendabik dada bahawa " akulah si badang gagah perkasa" maka kita harus takut dengan ancaman Allah dalam kitabNya.

sakinah arifin
nilai,N9

R2R

Ramadhan bakal bertamu, semoga kita sempat bertemunya buat kesekian kali.
Lalu dia berdoa..
"Ya Allah berkati aku dibulan syaaban dan sampaikan aku pada bulan ramadhan"

Jiwa kita bagaimana?berkobar?berdebar?

Jom buat sedikit check-list "Road to Ramadhan ( kita punya R2R sendiri) .

Rohani
1.
2.
dll

Jasmani 
1.
2.
dll

tidak pernah rugi orang yang berusaha


sakinah arifin
nilai,n9

Thursday, 18 August 2016

Saya dan Komik Siri 1

Saya dan Komik Siri 1

Kita tidak pernah tahu bahawa apa yang tidak pernah menjadi kesukaan kita bakal menjadi minat kita. Itulah sebuah kehidupan melayarinya perlu meghayati. Bersama manusia perlu menyantuni.

Saya bukan seorang penggemar komik, maka tidak hairanlah kenapa dibilik dan rak buku saya tidak ada koleksi komik kegemaran. Antara kartunis yang saya pernah dengar hanya Ujang, komik yang popular suatu ketika dahulu dan Lat, seorang kartunis cerita Kampung Boy. Ok, Kampung Boy yang ditayangkan dialam televisyen itu saya tengok tapi komiknya saya tidak tahulah ada ataupun tidak. Saya juga pernah mendengar nama komik misi 8A , Misi 10A, Detective Conan tapi tidak tahu apa isinya.

Saya mula membuat beberapa kajian tentang komik apabila saya mendapat tanggungjawab sebagai AJK Unit Penerbitan Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang ( PERMAI ), itupun agak lewat saya mencari bahan. Buat pengetahuan semua PERMAI merupakan sebuah NGO berdaftar yang membuat pelbagai aktiviti seperti Konvensyen Pelajar Islam Pahang KONPIP, Kem Intensif Al-Quran dan lain-lain lagi. Boleh rujuk disini.

Unit saya ini menghasilkan majalah untuk pelajar sekolah yang diberi nama SUPER dan kartun- kartun. Maka saya yang bukan penggemar komik tadi mencari pelbagai rujukan ( apa itu komik sebenarnya? ) untuk memastikan saya menjiwai bidang tugas yang diberikan. Saya mula seronok melihat sahabat-sahabat yang sangat bagus melukis, Mereka gembira. Baginya melukis itu hiburan. Pernah jugak sesekali saya cuba melukis. Ah..kaku sekali. Mata pun senget, tudung pun tak jadi bentuknya. Ke laut juga lukisan saya. ( walaupun ramai yang mengatakan senget itu seni ^_^ )

Mereka Hadiah Buat Ummah
Bagi saya apa sahaja kelebihan kita, maka itu hadiah kita buat ummah. Itu cinta kita untuk sebarkan dakwah. Pulangkan dan kongsikan kepada ummah hasilnya. Ya percuma sahaja Allah beri pada kita untuk dimanfaatkan. Jangan gusar jika kemahiran yang ada pada orang lain tidak ada pada kita, ini kerana Allah telah memberi kita kelebihan-kelebihan yang kita perlu gilap dalam diri. Jika kita pandai menulis,teruskan. Jika kita pandai berniaga,usahakan. Jika kita pandai memasak,silakan. Tanya sahaja diri kita, apa yang aku suka yang dapat memberi sumbangan pada agama suci ini?

Tetapi awas! Berjagalah dengan kelebihan dan kemahiran ini kerana kita akan tanggung di akhirat kelak. Hidup di dunia ini adalah tuaian buat akhirat. Biarlah kerja kita Allah redha dan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.

" Katakanlah Muhammad, ' Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku : " Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah TuhanYang Maha Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya." 
 Surah Al-Kahfi ayat 110

Bagi saya, penulis – penulis dan team kartunis untuk terbitan PERMAI adalah hadiah buat ummah. Mereka menulis dan melukis untuk ummah. Terima kasih buat para penulis dan pelukis dan para guru dan asatizah khususnya Pengerusi PERMAI Ustaz Azraie yang banyak membantu kami semua.

Mungkinkah saya boleh melukis selepas ini? Adakah melukis satu perkara yang susah? Nantikan tulisan “ Saya dan Komik Siri 2”. Moga-moga ada hasil lukisan yang dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat.


Majalah SUPER
Siapa yang berminat boleh pm sis. Kita bagi harga lelong sebab terbitan terbaru belum keluar :)

Antara hasil kartun PERMAI
Antara hasil kartun Permai

Planner keluaran PERMAI. Siapa berminat boleh pm sis juga :)

Antara program anjuran Permai
Kem Intensif Al-Quran

Maklumat lanjut boleh ke page : Kelab Remaja Permai Care Pahang

Thursday, 21 July 2016

Subhanallah..Tahniah

Ditulis pada 22 Jun 2014

Assalamualaikum semua,semoga terus mendapat rahmat dan belas kasihan Allah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya,semoga kita terus diberi kekuatan untuk menjauhi laranganNya,selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih Allah nabi Muhammad SAW kerana susah payah baginda, hari ini Islam sampai kepada kita.




Al- Quran

Subhanallah dapat tahu hari ini Malaysia merangkul semua kategori Hafazan dan Tilawah al-Quran.
Subhanallah orang Malaysia bukan calang - calang orang,pencinta Al – Quran menang..

Keputusan kategori hafazan Al – Quran Peringkat Antarabangsa 1435H/2014, johan muslimin dan muslimatnya dari Malaysia,subhanallah..

Johan Muslimin : Mohd Ersyad Abdullah
Johan bagi Muslimat : Norhafizah binti Mohd Shafie
Tahniah kerana terpilih.tahniah juga untuk Qari Ustaz Tarmizi dan Puan Hanimzah
................

Rasa terpanggil untuk menulis kembali blog ini,teringat matlamat utama kenapa saya isi semua pilihan jurusan  UPU saya jurusan bahasa arab untuk semua universiti. Niat saya ingin mendalami bahasa arab dan mendalami Al-Quran..subhanallah saya kagum begitu cantik Allah susun ayat-ayat dalam Al-Quran,sejak hari itu, nekadnya saya untuk berada di jurusan ini. Kita buat perancangan Allah juga punya perancanganNya.Cantik perancangan Allah !

Kisah sahabat seorang hafizah..

Katanya setiap hari dia perlu mengulang hafazan sekurang – kurang satu juzu’ .. subhanallah ukhti hebat ! Akhlaknya seiiring dengan hafalannya, cantik ! Dalam solat fardhu diulang bacaannya , dalam solat sunat diulang bacaannya..Allahu akbar malu saya mendengar ceritanya,malu kerana kadang-kadang saya hanya mampu membaca Al – Quran beberapa muka sahaja setiap hari.

Harapan saya semoga saya dapat mengikut jejak langkahnya,umur dah meningkat,lambat pun tak mengapa..semua yang membaca tulisan ini mohon doanya.

Jaga Quran baik-baik,yang tak menghafal al – quran pun kena jaga dan amalkan isi kandungan al-quran.

Al – Quran ini ubat..sebab itu antara cara nak ubat hati perlu baca Al – Quran serta maknanya. Banyak  cerita di dalamnya belum diketahui dan dikaji.

Saranan saya kalau ditempat anda semua ada kulliah tafsir pergilah menimba ilmu,insyaallah tidak merugikan.Saranan ini semestinya untuk saya yang menulis ini. Bila cerita bab ke kulliah,para wanita muslimah pergilah timba ilmu,ya kita bersama..cari rakan untuk pergi..di rumah pergilah bersama kakak,adik,ayah,ibu..siapa sahaja mahram kita. Jangan berikan banyak alasan. Andai kita bersungguh insyaallah Allah mudahkan.

Para lelaki muslimin jangan berikan banyak alasan juga,sesungguhnya kadang – kadang saya cemburu melihat mereka lebih mudah ke majlis - majlis ilmu kerana sifatnya memang mereka  tidak perlu mahram untuk keluar, ini peluang untuk mereka,jelajahlah ke mana sahaja yang kamu suka untuk cari permata ilmu. Jangan sia –siakannya, kerana sifat peluang ini jarang datang dua kali.

Doa saya semoga kita semua memperoleh hidayah Allah.Amiin.






saya masih ada exam isnin ini - subjek perkamusan arab ,doakan saya 

Kalau diminta nasihat maka berikanlah

Ditulis pada 21 Januari 2014

Hari ni sahabat saya nak buat kad hari lahir..dia ajak saya sumbang idea sekali untuk buat kad,ermm saya hanya berniat nak teman dia buat je..
Sorryyyy..I’m not a creative person..  :(

Dia dah penat tengok saya duduk tengok je apa yang dia tengah buat,akhirnya..

Sakinah pergi la balik, jangan buang masa awok tengok kome buat benda ni..Kalau awok balik awok boleh buat banyak benda daripada awok tengok kome buat kad ni..Awok tuliskan ayat - ayat ni nak..

tak nak,tak pandai..
ermm hari ni kome nak teman awok buat kad je sebab tu kome tak bawak kerja - kerja kome sekali, tolong sikit - sikit boleh la hehe..

Saya hanya diamkan diri..tengok saja apa yang dia lakukan, dia memang kreatif..sesekali tolong juga dia gamkan kertas-kertas yang dia sedang buat..saya tak nak tolong sangat sebab saya takut nanti kad tu jadi tak cantik 
Kesian orang – orang kreatif yang kawan dengan saya..
Tapi saya suka kawan dengan orang - orang kreatif ni :)
Memang osem sahabat saya yang sorang ni

.....................................................................

Menjadi seorang kawan,teman atau sahabat..

Bagi saya menjadi seorang sahabat itu bukan sekadar bergembira ketika gembira dan bersedih ketika sedih..menjadi sahabat itu memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga kau mampu memegang title seorang sahabat..

Akak apa hak sahabat yang patut kita segerakan..
Akak itu berdiam dan kembali bersuara..apabila dia minta nasihat daripada awak,maka berilah nasihat padanya..apa – apa sahaja..
Saya hanya diam membatu,bermonolog sendirian..
Haaa..Dah la tak pandai nak nasihat orang, macam mana nak bagi..

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

“Hak Muslim ke atas Muslim ada enam.”
Bertanya para sahabat:  “Apakah ia wahai Rasulullah?”
Bersabda Baginda:  “Apabila berjumpa, maka ucapkanlah salam; Apabila dijemput, maka datanglah; Apabila diminta nasihat, maka berilah dia nasihat; Apabila bersin lalu dia mengucapkan ‘alhamdulillah’, maka doakanlah untuknya; Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia; Apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah)
……………………………………………………………..
Suatu hari…

Saya : Tolong bagi nasihat dekat kome sikit..rasa tak kuat ni

Sahabat : Sakinah..kome ni hanya pandai membebel je..nak bagi nasihat tak pandai..

Apa yang keluar dari mulut saya..Membebellah,nak dengar ni..

Sambil dia kemas buku - bukunya..
Sahabat : Kita kena kuat, Allah dah tentukan setiap apa yang berlaku…tak boleh macam ni,kita nak berjuang kan… dot..dot..dot..

Huh..air mata dah bertakung diempangan..tinggal nak pecah

Sahabat : Janganlah nangis, kome membebel saje ni

Tiba – tiba telefon berbunyi,tertera di skrin "Makku Sayang"
Ya Allah macam mana nak angkat fon dalam keadaan suara macam ni..telinga seorang ibu kalau dia dengar suara anak dia lain sikit dia pasti dapat detect sama ada anaknya sakit ke nagis ke..nanti mak risau dengar suara macam ni..
Alamak..kena betulkan suara jap..

Alhamdulillah berjaya bercakap dengan mak tanpa ada perkara-perkara yang merunsingkan mak, mak tanya khabar dan banyak lagi yang kami borakkan..uhh..empangan air mata kembali stabil..
Selepas letak telefon..gelak sahabat saya melihat saya bercakap dengan emak

Alamak tak jadi kome nak nangis..mak kome telefon

Sahabat hanya gelakkan saya..last2 sebelum balik dia hulurkan sehelai kertas kepada saya

Nah ni kome bagi awok..
yang tertulis padanya perkataan  ISTIQOMAH…
………………………………………………………......

Menjadi seorang sahabat, tak perlu untuk kita menyusun ayat umpama orang yang berbunga cinta,tak perlu juga kita mengungkapkan ayat umpama ingin diinterview..sudah cukup untuk seorang sahabat itu memberi apa yang sahabatnya perlukan iaitu nasihat disaat dia memerlukan.

Menjadi seorang sahabat tak perlu memberi pujian dalam dusta,bukan juga ciri sahabat andai tidak mahu menasihati kerana takut-takut sahabatnya terasa hati..

Jika benar ikhlas..teguran,komentar,atau marah seorang sahabat adalah untuk melihat kita lebih baik daripada sebelumnya.


Ayuh pimpin tangan bersama dengan teguran yang membina yang mana menyelamatkan aku dan kamu daripada panasnya api neraka.



nota kaki : maksud
awok - awak
kome - saya